COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Perincian 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN ANGGERIK 21

Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 April 2021 hasil saringan bersasar melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Anggerik 21, Taman Johor Jaya, Johor Bahru. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 651 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian3

2. KLUSTER PENGKALAN BATIK

Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-372827) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Pengkalan Batik, Alor Gajah. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 37 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian9

3. KLUSTER ANGGERIK CEMPAKA

Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Baling di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-376762) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Kulim-Baling, Baling. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian8

4. KLUSTER JALAN LANGAT CERIA

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling, Klang, Kuala Langat, Gombak, dan Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-373114) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Langat Ceria 4, Taman Langat Ceria, Hulu Langat. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 144 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian1

5. KLUSTER SUNGAI LEMAYONG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti yang menetap di Sungai Lemayong, Sarikei. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 69 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian5

6. KLUSTER PINTASAN KAMPUNG JAWA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya, Timur Laut, dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Pintasan Kampung Jawa 1, Kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 982 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian10

7. KLUSTER PUTRA TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Putrajaya di WP Putrajaya, daerah Petaling dan Sepang di Selangor serta daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-379526) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan di sebuah pusat pentadbiran yang terletak di Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya.Sehingga 21 April 2021, sejumlah 33 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian4

8. KLUSTER DURANDA EMAS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Serian di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-363232) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 April 2021 hasil saringan rentas daerah. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Taman Duranda Emas, Siburan, Serian. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 75 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian6

9. KLUSTER TAMAN MESRA BAKO

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching dan Samarahan di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357058) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Taman Mesra Bako, Jalan Bako, Kuching. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 721 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian7

10. KLUSTER PAGAR SIPUT DUA

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 April 2021 hasil saringan bersasar tahanan melibatkan sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Sungai Siput, Pekan Kota Tinggi, Kota Tinggi. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 169 individu telah disaring, di mana 36 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian2klusterbaruharian11

11. KLUSTER JALAN PERAI JAYA

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-365378) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah aktiviti sosial yang diadakan pada 8 April 2021 di Jalan Perai Jaya, Bandar Perai Jaya, Seberang Perai Tengah. Sehingga 21 April 2021, sejumlah 14 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post