Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 19 FEB 2022
Updated Sat, 19 Feb 2022 12:12:00
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 18 Februari 2022:
- Kes sembuh: 12,488 kes [2,900,682 kes kumulatif (91.6%)];
- Kes baharu : 27,808 (3,166,023 kes kumulatif);
- Kes import : 119 kes [60 warganegara (50.4%); 59 bukan warganegara (49.6%)];
- Kes tempatan : 27,689 kes [27,057 warganegara (97.7%); 632 bukan warganegara (2.3%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 235 kes (92 kes disahkan COVID-19; 143 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 132 kes (55 kes disahkan COVID-19; 77 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster : 6,692 kluster;
- Jumlah kluster baharu :16 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 6,206 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 486 kluster.
KATEGORI KES COVID-19
Daripada 27,808 kes harian yang dilaporkan pada 18 Februari 2022:
- 103 kes (0.37 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 27,705 kes (99.63 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes harian yang dilaporkan:
- Kategori 1 : 7,773 kes (27.95%);
- Kategori 2 : 19,932 kes (71.68%);
- Kategori 3 : 49 kes (0.18%);
- Kategori 4 : 31 kes (0.11%); dan
- Kategori 5 : 23 kes (0.08%).
Daripada 103 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang baharu dilaporkan pada 18 Februari 2022:
- 43 kes (41.75%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 41 kes (39.81%) telah menerima 2 dos vaksin COVID-19;
- 19 kes (18.45%) telah menerima dos penggalak;
- 50 kes (48.54%) berumur 60 tahun dan ke atas;
- 44 kes (42.72%) mempunyai comorbid;
- 1 kes (0.97%) adalah kes ibu mengandung; dan
- 16 kes (15.53%) telah meninggal dunia, termasuk 9 (8.74%) kes brought-in-dead (BID).
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W
[plugin:youtube]()