COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN HELANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-321449 dan kes ke-321450) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Helang, Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 109 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian1

2. KLUSTER TAPAK BINA JALAN USAHAWAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Usahawan 6, Setapak, Titiwangsa. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 278 individu telah disaring, di mana 73 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian5

3. KLUSTER TAMAN TUNKU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-329141) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah restoran yang terletak di Taman Tunku, Bukit Tunku, Kepong. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 64 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian6

4. KLUSTER JALAN TENTERAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-327804) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Tenteram, Tanjung Puteri, Johor Bahru. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian2

5. KLUSTER BATU 22

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-327820) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 22, Jalan Air Hitam, Taman Wawasan, Kulai. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 123 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian3

6. KLUSTER JALAN GAMBANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-330032) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Gambang, Kuantan. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 24 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian9

7. KLUSTER INDUSTRI PERMATA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Permata 1/5, Arab Malaysian Industrial Park, Nilai, Seremban. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 73 individu telah disaring, di mana 28 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian7

8. KLUSTER JALAN KEMAJUAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-331711) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan sign off. Kluster ini melibatkan pengunjung-pengunjung dan pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Jalan Kemajuan, Labuan. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian10

9. KLUSTER RAJANG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sarikei, Tanjung Manis, dan Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-316080) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Mac 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah majlis pengebumian yang diadakan di Kampung Rajang, Tanjung Manis, Mukah pada 1 hingga 3 Mac 2021. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 271 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian8

10. KLUSTER JALAN BELIMBING

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-318632) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Belimbing, Kampung Sri Paya, Kulai. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 20 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian4

Next Post Previous Post