TIGA BELAS (13) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (19/02/2021)
Perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER KOMPLEKS PERABUT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kompleks Perabut, Kampung Olak Lempit, Banting. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 287 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN SEMENTA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 17 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Sementa, Seksyen 27, Shah Alam. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 115 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER JALAN MURNI 12
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Murni 12, Taman Perindustrian Murni, Senai. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 3,584 individu telah disaring, di mana 339 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER JALAN KOTA MURNI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang tinggal di Jalan Kota Murni, Taman Industri Kota Murni, Batu Pahat. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER JALAN INDAH UTAMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Johor Bahru, dan Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-265634) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat penginapan yang terletak di Jalan Indah Utama, Bandar Putra, Kulai. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER JALAN TUN MUTAHIR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-268611) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tun Mutahir, Kawasan Perindustrian Bandar Tenggara, Kota Tinggi. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 124 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER PARIT HAJI KHAMIS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-247494) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Parit Haji Khamis, Mukim Simpang Kanan, Batu Pahat. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
8. KLUSTER KEJATAU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sri Aman di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-277455) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Kejatau, Sri Aman. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
9. KLUSTER JALAN GREEN
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-271923 dan kes ke-271924) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan tahanan. Kluster ini melibatkan sebuah perhimpunan yang berlaku di Jalan Green, Kuching. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 148 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
10. KLUSTER JALAN KUCHAI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kuchai Lama, Lembah pantai. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 365 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
11. KLUSTER SINGGAHMATA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-259730) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perkhidmatan yang terletak di Jalan Singgahmata, Lahad Datu. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 77 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
12. KLUSTER BUKIT PETITI
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang, dan Dungun di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-269157) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan ahli keluarga dan kontak rapat kepada kes indeks yang menetap di Kampung Bukit Petiti, Manir, Kuala Terengganu. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 40 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
13. KLUSTER KUBANG JAMBU
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, dan Marang di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-266437) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan yang terletak di Kampung Bukit Kubang Jambu, Kuala Terengganu. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 69 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.