COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER SAKTI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12995) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 5 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 17 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana:

  • 18 kes dikesan positif COVID-19 (7 kes baharu);
  • 101 individu dikesan negatif; dan
  • 35 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER TUGUSON

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Belud, negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19066) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Kota Belud. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 17 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 146 individu telah disaring, di mana:

  • 18 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu); dan
  • 128 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER BAH MEDAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sepang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12112) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 3 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 19 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana:

  • 20 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu); dan
  • 32 individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER TAMAN LAUT

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-25431) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lima (5) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 123 individu telah disaring, di mana:

  • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
  • 18 individu dikesan negatif; dan
  • 99 individu masih menunggu keputusan.

5) KLUSTER TAMAN BUNGA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban, Kuala Pilah dan Jelebu di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-27711) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 25 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 22 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 29 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 55 individu telah disaring, di mana:

  • 23 kes dikesan positif COVID-19 (16 kes baharu);
  • 25 individu dikesan negatif; dan
  • Tujuh (7) individu masih menunggu keputusan.

Next Post Previous Post