Perincian 1,581 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 24 Disember 2020 adalah seperti berikut:
Selangor: 491 kes
169 kes daripada kluster-kluster, termasuk 101 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kebun Baru dan Kluster Sungai Burong;
206 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
115 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 379 kes
285 kes daripada kluster-kluster, termasuk 34 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Tun dan Kluster Jalan Pandan;
57 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
37 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sabah: 249 kes
20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
140 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
89 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan: 144 kes
127 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Johor: 115 kes
80 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Melaka : 76 kes
72 kes daripada kluster sedia ada; dan
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Pulau Pinang: 37 kes
14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak: 26 kes
14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lima (5) kes lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Labuan: 26 kes
Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pahang: 12 kes
Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kelantan: Sembilan (9) kes
Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Terengganu: Tujuh (7) kes
Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes lain-lain saringan COVID-19.
Kedah: Empat (4) kes
Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sarawak: Dua (2) kes
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.