COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 25 DIS 2021

/ harian

Updated Sun, 26 Dec 2021 19:05:00

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 25 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 4,421 kes (2,661,495 kes kumulatif, 97.2%);
• Kes baharu : 3,160 kes (2,738,401 kes kumulatif);
• Kes import : 156 kes (150 warganegara; 6 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 3,004 kes [2,877 warganegara (95.8%); 127 bukan warganegara (4.2%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 324 kes (253 kes disahkan COVID-19; 71 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 175 kes (107 kes disahkan COVID-19; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,101 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 3 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,878 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 223 kluster.

Daripada 3,160 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
66 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
3,094 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W

Next Post Previous Post