COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Perincian enam (6) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN SUNGAI RAMAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-335819) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar di dua (2) buah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Sungai Ramal dan Taman Sri Kenari, Kajang. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 312 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian2

2. KLUSTER BUKIT SERDANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat dan Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 184 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian1

3. KLUSTER JALAN TELUK KUMBAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-337533) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini diambil sempena lokaliti pusat pendidikan di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Bandar Baru Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 262 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian5

4. KLUSTER KAIT GADING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 16, Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 429 individu telah disaring, di mana 65 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian3

5. KLUSTER JALAN PERMAS CETAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345888) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Permas Jaya 9/13, Bandar Baru Permas Jaya, Masai, Johor Bahru. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian4

6. KLUSTER TAMAN EMAS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Lipis di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-338151) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Mac 2021 hasil saringan komuniti. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Emas, Lipis. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 172 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post