Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 10 MAC 2022
Updated Thu, 10 Mar 2022 10:31:00
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 9 Mac 2022:
- Kes sembuh: 26,653 kes [3,367,542 kes kumulatif (90.7%)];
- Kes baharu: 30,246 kes (3,711,199 kes kumulatif);
- Kes import: 418 kes [388 warganegara (92.8%); 30 bukan warganegara (7.2%)];
- Kes tempatan: 29,828 kes [29,029 warganegara (97.3%); 799 bukan warganegara (2.7%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 388 kes (158 kes disahkan COVID-19; 230 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 225 kes (93 kes disahkan COVID-19; 132 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 30,246 kes harian yang dilaporkan pada 9 Mac 2022:
- Kategori 1: 9,797 kes (32.39%);
- Kategori 2: 20,226 kes (66.87%);
- Kategori 3: 115 kes (0.38%);
- Kategori 4: 54 kes (0.18%); dan
- Kategori 5: 54 kes (0.18%).
Daripada 223 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 9 Mac 2022:
- 58 kes (26.01%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 107 kes (47.98%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 58 kes (26.01%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 120 kes (53.81%) berumur 60 tahun dan ke atas;
- 53 kes (23.77%) mempunyai komorbid; dan
- 1 kes (0.45%) adalah ibu megandung.
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster: 6,865 kluster;
- Jumlah kluster baharu: 5 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat: 6,441 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 424 kluster
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W
[plugin:youtube]()