Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 03 MAC 2022
Updated Thu, 03 Mar 2022 10:12:00
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 2 Mac 2022:
- Kes sembuh: 27,557 kes [3,169,669 kes kumulatif (90.7%)];
- Kes baharu: 27,500 kes (3,496,090 kes kumulatif);
- Kes import: 428 kes [389 warganegara (90.9%); 39 bukan warganegara (9.1%)];
- Kes tempatan: 27,072 kes [25,904 warganegara (95.7%); 1,168 bukan warganegara (4.3%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 360 kes (139 kes disahkan COVID-19; 221 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 194 kes (77 kes disahkan COVID-19; 117 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 27,500 kes harian yang dilaporkan pada 2 Mac 2022:
- 189 kes (0.69 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 27,311 kes (99.31 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes:
- Kategori 1: 9,292 kes (33.79%);
- Kategori 2: 18,019 kes (65.52%);
- Kategori 3: 71 kes (0.26%);
- Kategori 4: 38 kes (0.14%); dan
- Kategori 5: 80 kes (0.29%).
Daripada 189 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 2 Mac 2022:
- 25 kes (13.23%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 89 kes (47.09%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 38 kes (20.11%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 108 kes (57.14%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- 48 kes (25.40%) mempunyai komorbid.
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster: 6,798 kluster;
- Jumlah kluster baharu: 9 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat: 6,323 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 475 kluster.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W
[plugin:youtube]()