Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu
COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 170 kes, menjadikan jumlah kumulatif
sebanyak 374,036 kes. Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini.
Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 83 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC)
menjadikan jumlah kumulatif 366,575 orang. Manakala 179 pesakit sedang menerima
rawatan iaitu 177 di hospital serta dua (2) orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan
Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal
ialah lima (5) orang di ICU/repurposed kritikal dan satu (1) orang memerlukan alat
bantuan pernafasan (ventilated).
Kedudukan Kes Positif COVID-19
a. Angka jangkitan harian terus melonjak tinggi hari ini dengan 170 kes baharu,
peningkatan 33 kes berbanding angka kelmarin. Peningkatan kes baharu secara
berterusan ini gambaran trend yang sama di peringkat nasional.
b. Jumlah daerah yang mencatatkan kes baharu atau merekodkan angka jangkitan
yang lebih tinggi juga terus bertambah. Sebanyak 18 daerah merekodkan
jangkitan baharu dengan 17 daripadanya melibatkan peningkatan angka
berbanding hari sebelumnya. Daripada 18 daerah tersebut, lima (5) daerah iaitu
Kota Kinabalu 63 kes (+3), Penampang 29 kes (-13), Putatan 12 kes (+3), Tawau
12 kes (+6) dan Papar 11 kes (+3) merekodkan kes dua angka. 13 daerah lagi
mencatatkan satu (1) kes. Hanya Penampang merekodkan penurunan jumlah
jangkitan yang agak besar, iaitu 13 kes.
c. 10 daerah yang sebelum ini ‘bebas’ daripada sebarang jangkitan baharu
mencatatkan kes baharu hari ini. Beaufort mencatatkan pertambahan tertinggi
(+9 kes). Hanya tiga (3) daerah yang kembali merekodkan catatan sifar (0) kes
iaitu Pitas, Tongod dan Ranau. Jumlah daerah yang tidak mencatatkan sebarang
kes baharu sepanjang 24 jam yang lalu berkurangan daripada 16 daerah
kelmarin kepada hanya sembilan (9) daerah hari ini.
d. Trend peningkatan dijangka akan berterusan sebagaimana yang berlaku di
seluruh negara. Terdapat juga kemungkinan ini merupakan satu lagi ‘gelombang’
jangkitan Covid yang berpunca daripada varian baharu yang belum diketahui.
Buat masa ini ia sekadar satu andaian sehingga siasatan dan penyelidikan lanjut
dibuat oleh KKM. Walau bagaimanapun, aktiviti sosial tanpa pematuhan SOP
berpotensi untuk mencetuskan angka yang lebih tinggi.
e. Sebanyak 164 daripada 170 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori
1 dan 2, terdapat tiga (3) kes dilaporkan dalam Kategori 3, dua (2) kes dalam
Kategori 4 dan satu (1) kes dalam Kategori 5.
Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.
Jumlah kapasiti katil 958 unit.
Hospital 920 unit.
PKRC (Awam) 10 unit.
Hospital Swasta 28 Unit
Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 18.68%.