COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 21 MAC 2022

/ harian

Updated Mon, 21 Mar 2022 17:47:00

KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 20 Mac 2022:

  • Kes sembuh: 28,250 kes [3,684,665 kes kumulatif (92.3%)];
  • Kes baharu: 19,105 kes (3,993,124 kes kumulatif);
  • Kes import: 386 kes [373 warganegara (96.6%); 13 bukan warganegara (3.4%)];
  • Kes tempatan: 18,719 kes [18,046 warganegara (96.4%); 673 bukan warganegara (3.6%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 371 kes (158 kes disahkan COVID-19; 213 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 203 kes (95 kes disahkan COVID-19; 108 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 19,105 kes harian yang dilaporkan pada 20 Mac 2022:

  • Kategori 1: 8,267 kes (43.27%);
  • Kategori 2: 10,645 kes (55.72%);
  • Kategori 3: 81 kes (0.42%);
  • Kategori 4: 44 kes (0.23%); dan
  • Kategori 5: 68 kes (0.36%).

Daripada 193 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 20 Mac 2022:

  • 58 kes (30.05%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 78 kes (40.41%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 57 kes (29.53%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 92 kes (47.67%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 81 kes (41.97%) mempunyai komorbid.

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster: 6,912 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 1 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,608 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 304 kluster.

Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W

Next Post Previous Post