KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER MESRA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13755) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 21 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 24 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 116 individu telah disaring, di mana:

  • 22 kes dikesan positif COVID-19 (7 kes baharu);
  • Dua (2) individu negatif; dan
  • 92 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER MEGAH

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13706) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 14 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 24 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 64 individu telah disaring, di mana:

  • 15 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 12 kes dikesan negatif COVID-19; dan
  • 37 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER KAYA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes-kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 24 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tuanku Jaafar.

Sehingga 24 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana:

  • 55 kes dikesan positif COVID-19 (54 kes baharu);
  • Enam (6) kes dikesan negatif COVID-19; dan
  • Dua (2) individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER BAH KAYU

Kluster baharu ini melibatkan daerah Gombak di negeri Selangor dan daerah Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17371) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 13 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 16 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 24 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 628 individu telah disaring, di mana:

  • 17 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu); dan
  • 591 kes dilaporkan negatif; dan
  • 20 individu masih menunggu keputusan.

5) KLUSTER BAKI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kuching di negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20431) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 17 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat (4) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 24 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 68 individu telah disaring, di mana:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 34 individu negatif; dan
  • 29 individu masih menunggu keputusan.

6) KLUSTER KEMPAS

Kluster baharu ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-24447) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 24 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 206 individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu);
  • 28 individu negatif; dan
  • 170 individu masih menunggu keputusan.

Next Post Previous Post