COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER KAPAS BJ

Kluster ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29261) merupakan seorang pekerja kilang yang positif COVID-19 hasil saringan pada 18 November 2020. Kes indeks telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Sehingga 19 November 2020, sejumlah 210 individu telah disaring, di mana 76 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER PRESTIJ

Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja di sebuah syarikat pembersihan di daerah Lembah Pantai dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 19 November 2020, sejumlah 37 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER BAH BERCHAM

Kluster ini melibatkan daerah Kinta di negeri Perak. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-45074) yang positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 13 November 2020. Sehingga 19 November 2020, sejumlah 137 individu telah disaring, di mana lima (5) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak.

4. KLUSTER KIAMBANG

Kluster ini melibatkan daerah Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke- 48391) yang positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 16 November 2020. Sehingga 19 November 2020, sejumlah 131 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor.

Next Post Previous Post