COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

KES-KES LEWAT DILAPORKAN KE CPRC KEBANGSAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

/ sorotan, highlights

Jumlah kes baharu pada hari ini adalah sebanyak 5,298 kes, yang merupakan kes harian ketiga tertinggi yang pernah dilaporkan oleh CPRC Kebangsaan KKM. Selama tiga (3) berturut-turut, negara kita telah digemparkan dengan kes harian baharu melebihi lima ribu sehari. KKM ingin mengesahkan bahawa, situasi ini disebabkan oleh pelaporan lewat kes-kes ke CPRC Kebangsaan KKM termasuk kes-kes yang dikesan positif pada tahun 2020.

Peningkatan kes yang mendadak ini adalah disebabkan oleh saringan bersasar di tempat kerja, saringan kontak rapat, dan saringan kumpulan berisiko tinggi yang dijalankan secara besar-besaran di beberapa buah negeri. Namun begitu, kes-kes yang lewat dilaporkan ini telah diambil tindakan sewajarnya di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkenaan seperti pengasingan dan rawatan ke atas kes-kes positif, pengesanan kontak rapat serta pengesanan kes secara aktif.

Terdapat juga kelewatan pelaporan menggunakan Sistem Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) oleh fasiliti swasta berdaftar misalnya klinik-klinik dan hospital-hospital swasta. Terima kasih kepada fasiliti swasta yang telah melaporkan kes segera menggunakan SIMKA, dan juga pengguna MySejahtera yang membuat laporan kendiri bagi memaklumkan status keputusan ujian COVID-19 mereka.

KKM akan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan agar isu isu kelewatan pelaporan kes-kes positif ini dapat ditangani dengan segera bagi membendung penularan COVID-19 di Malaysia.

Previous Post