FASA PERALIHAN KE ENDEMIK : Langkah 2 – Terus amalkan langkah pencegahan
Virus COVID-19 boleh tersebar apabila aerosol atau titisan yang mengandungi virus disedut atau mencemari mata, hidung atau mulut individu yang merupakan kontak rapat.
Penularan juga boleh berlaku apabila individu menyentuh permukaan yang telah dicemari oleh virus dan seterusnya menyentuh mata, hidung atau mulut.
👉 Dikongsikan langkah kesihatan awam mudah yang perlu terus diamalkan semasa fasa Peralihan ke Endemik. Ia mampu mengurangkan risiko penularan virus COVID-19.
😷 Jalankan tanggungjawab kita, teruskan amalan ini bagi mencegah jangkitan COVID-19.