Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 69 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 369,912 kes. Tiada kes kematian dilaporkan hari ini.
Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 578 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 357,638 orang. Manakala 208 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 208 orang di hospital. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 16 di ICU/repurposed kritikal care (HDW/kubikel akut) manakala lapan (8) lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated)
Kedudukan Kes Positif COVID-19
a Jumlah kes baharu hari ini tidak banyak berubah dengan catatan semalam, iaitu 69 kes berbanding 63 sebelumnya.
b Secara keseluruhan keadaan adalah stabil. Kecuali Kota Kinabalu yang mencatat 20 kes (+8), 18 daerah lain di Sabah merekodkan kes baharu satu (1) angka, di mana 12 daripada daerah-daerah tersebut mencatatkan satu (1) atau dua (2) kes baharu sahaja. Tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di lapan (8) daerah.
c Jumlah jangkitan baharu dijangka kekal stabil dalam masa terdekat dengan pergerakan turun naik angka harian dalam lingkungan antara 60 hingga 150 kes. Risiko jangkitan sporadik masih tinggi. Hari ini hampir 58% semua kes baharu adalah melalui jangkitan sporadik.
d Penyambungan semula operasi penerbangan antarabangsa ke Kota Kinabalu juga membawa risiko jangkitan daripada luar negeri. Tetapi adalah diharapkan protokol kesihatan bagi semua penumpang antarabangsa serta SOP yang berkuatkuasa akan dapat mengawal risiko jangkitan tersebut.
e Seramai 65 orang daripada 69 pesakit baharu adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, seorang pesakit masing-masing dalam Kategori 3 dan Kategori 5 dan dua (2) orang dalam Kategori 4
Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.
Jumlah kapasiti katil 2,395 unit.
a) Hospital 1,116 unit.
b) Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam 1109 unit.
c) Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara 142 unit.
d) Hospital Swasta 28 Unit
Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 8.68 %