COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

KKM juga ingin memaklumkan terdapat sebelas (11) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER TAPAK BINA BALI RESIDENCE

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-158375) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Januari 2021 hasil saringan kemasukan ke wad. Nama kluster merujuk kepada tapak binaan yang terletak di Kawasan Bandar V1, Melaka. Sehingga 23 Januari 2021, sejumlah 403 individu telah disaring, di mana 204 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER TAPAK BINA JALAN WANGSA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pekerja pembinaan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Sehingga 23 Januari 2021, sejumlah 289 individu telah disaring, di mana 45 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER KAMPUNG BUKIT BIAH

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Besut, dan Kemaman di Terengganu. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu-individu merentas negeri. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat tinggal kes-kes yang terletak di Kampung Bukit Biah. Sehingga 23 Januari 2021, sejumlah 131 individu telah disaring, di mana 39 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JALAN TIMAH DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala yang merupakan pekerja kilang di Pasir Gudang, Johor. Sehingga 23 Januari 2021, sejumlah 281 individu telah disaring, di mana 34 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER PERSIARAN TANJUNG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pekerja kilang di Kampung Tanjung Langsat, Johor. Sehingga 23 Januari 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 33 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER KILANG SETAPAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pekerja kilang di Setapak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 23 Januari 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER TEMBOK SUNGAI UDANG

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka. Kes indeks bagi kluster (iaitu kes ke-150855) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan banduan dan kakitangan sebuah pusat tahanan di Sungai Udang, Melaka. Sehingga 23 Januari 2021, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER JALAN CANGGIH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-178755) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes indeks yang terletak di Jalan Canggih, Ulu Tiram, Johor. Sehingga 23 Januari 2021, sejumlah 457 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER TAPAK BINA LEBUH PUTERI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pekerja pembinaan di Bandar Puteri Puchong, Selangor. Sehingga 23 Januari 2021, sejumlah 200 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER KAMPUNG BOMBALAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau dan Kalabakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-152945) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan iaitu Kampung Bombalai, Sabah. Sehingga 23 Januari 2021, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER KAMPUNG GUNTONG LUAR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Setiu dan Kuala Nerus di Terengganu. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat tinggal kes yang terletak di Kampung Guntong Luar. Sehingga 23 Januari 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post