COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (06/11/2020)

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER MAMPULUT

Kluster baharu ini melibatkan daerah Keningau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-32154) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 31 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Kompleks Sukan Keningau, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 27 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 6 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana:

  • 28 kes dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu); dan
  • 181 individu dikesan negatif.

2) KLUSTER FORES

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling, Gombak dan Klang di negeri Selangor serta daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-25475) adalah kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang telah dikenal pasti positif COVID-19 pada 17 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 19 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 6 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 190 individu telah disaring, di mana:

  • 20 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu);
  • 70 individu dikesan negatif; dan
  • 100 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER RENGAS

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kuala Kangsar di negeri Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-36426 dan kes ke-36427) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu-individu bergejala pada 4 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 6 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 290 individu telah disaring, di mana:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 (7 kes baharu); dan
  • 281 individu masih menunggu keputusan.

Next Post Previous Post