Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu
COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 277 kes, menjadikan jumlah kumulatif
sebanyak 382,336 kes.
Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 241 (termasuk yang discaj dari
hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 373,398 orang. Manakala 226 pesakit
sedang menerima rawatan iaitu 222 orang di hospital, satu (1) orang di Pusat Kuarantin
dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam serta tiga (3) orang lagi di fasiliti swasta.
Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah sembilan (9) orang iaitu lima
(5) orang di ICU/repurposed kritikal care dan empat (4) orang di open ward
(HDW/kubikel/akut) manakala tiga (3) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan
(ventilated).
Kedudukan Kes Positif COVID-19
a. Angka jangkitan hari ini bertambah lima (5) kes berbanding sebelumnya dengan
277 kes baharu.
b. Keadaan tidak banyak berubah daripada sebelumnya. Sebanyak 12 daerah
merekodkan penurunan dan sembilan (9) daerah pula merekodkan peningkatan
kes. Lima (5) daerah mencatatkan peningkatan yang agak banyak iaitu
Sandakan 34 kes (+15), Penampang 24 kes (+10), Kuala Penyu 7 kes (+6), Kota
Belud 9 kes (+5) dan Keningau 7 kes (+5). Antara daerah yang merekodkan
penurunan jangkitan baharu ialah Kota Kinabalu 84 kes (-8), Tuaran 20 kes (-7),
Tawau 12 kes (-5) dan Kota Marudu 3 kes (-4).
c. Bilangan daerah yang tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu bertambah
daripada tiga (3) daerah kepada enam (6) daerah hari ini. Tetapi jumlah daerah
yang mencatatkan jangkitan dua (2) angka kekal banyak dengan lapan (8)
daerah, hanya berkurangan satu (1) daerah berbanding semalam.
d. Kadar penularan virus semakin meningkat walaupun masih pada kadar yang
terkawal. Ini dapat digambarkan melalui kadar positiviti yang semakin tinggi.
Kelmarin jumlah sampel ujian ialah 3,278 dengan kadar positiviti 12.05% yang
menghasilkan 272 kes positif baharu. Hari ini kadar positiviti meningkat kepada
12.37% dan walaupun jumlah sampel ujian lebih rendah (3,201)daripada
kelmarin tetapi angka kes positif naik 5 kes. Angka jangkitan harian dijangka
akan terus berada pada paras yang tinggi selagi kadar penularan tidak menurun.
e. Sebanyak 272 daripada 277 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori
1 dan Kategori 2, serta dua (2) kes dalam Kategori 3 dan tiga (3) kes dalam
Kategori 4.
Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.
Jumlah kapasiti katil 957 unit.
Hospital 919 unit.
PKRC (Awam) 10 unit.
Hospital Swasta 28 Unit
Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 23.62%.