Perincian 1,925 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 29 Disember 2020 adalah seperti berikut:
Selangor: 747 kes
364 kes daripada kluster-kluster, termasuk 168 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Lanang;
261 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
121 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 360 kes
215 kes daripada kluster-kluster, termasuk 83 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Chu, Kluster Tapak Bina Awan Puteh, Kluster Integra Ikon dan Kluster Jalan Satang;
98 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Tujuh (7) kes import dari luar negara; dan
40 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pahang: 288 kes
282 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok Mempaga;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sabah: 230 kes
21 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Timbang Dayang dan Kluster Teguli;
134 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
74 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Johor: 110 kes
75 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan: 60 kes
27 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pulau Pinang: 57 kes
41 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Kelantan: 31 kes
17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak: 17 kes
Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes lain-lain saringan COVID-19.
Melaka: Sembilan (9) kes
Empat (4) kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rambai;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah: Lapan (8) kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sarawak: Empat (4) kes
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Terengganu: Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.