COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini 20 Mei 2020

/ Derma Darah, harian

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : BAHASA MELAYU | ENGLISH

KERATAN AKHBAR HARIAN : KERATAN AKHBAR 20 MEI 2020

KesNegeri

Dashboard

Purple

Stats UKK

Sembuh UKK


Jumlah Keseluruhan Taburan Kes Covid-19


Laporan Kluster Covid-19 (PKPD)

Tiada pertambahan kes di PKPD Kawasan Pasar Jln Othman. Jumlah keseluruhan kekal pada 28 kes.

Rumusan Kes Kluster Covid-19:

Kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling melaporkan tiada kes baharu dikesan.

Jumlah kes positif kekal sebanyak 3,347 dan hanya 399 kes yang masih aktif.


LAPORRAN KLUSTER AKTIF

1 kluster yang melaporkan kes baru pada hari ini iaitu Pudu (5 kes baharu), menjadikan jumlah kes sebanyak 63, dimana 61 adalah Bukan Warga Negara.

Kluster lain tidak melaporkan sebarang kes baru.


LAPORAN PENGEMBARA MALAYSIA POSITIF COVID-19, 20 Mei

Daripada 31 kes baru yang dilaporkan pada hari ini, 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.


SERUAN UNTUK MENDERMA DARAH

PENDERMAAN DARAH SEMASA BULAN RAMADAN DAN MUSIM PERAYAAN

Transfusi darah merupakan komponen penting dalam perawatan pesakit di fasiliti kesihatan seperti hospital terutamanya untuk mangsa kemalangan, ibu-ibu mengandung yang mengalami komplikasi pendarahan, bayi pra-matang, pesakit kanser dan Thalassemia, serta pesakit yang menjalani pembedahan major. Ini menunjukkan bekalan darah amat diperlukan sepanjang masa.
Kadar penggunaan darah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020 sehingga 3 Mei 2020 didapati telah menurun. Ini mungkin disebabkan oleh kadar kemalangan jalan raya yang memerlukan rawatan di hospital yang telah berkurang sebanyak 60 hingga 70 peratus sepanjang penguatkuasaan PKP mulai 18 Mac 2020 sehingga 3 Mei 2020.
Semasa penguatkuasaan PKP, stok bekalan darah di Pusat Darah Negara dan Tabung-Tabung Darah di seluruh negara telah mengalami penurunan 40 peratus berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Pada bulan Mac 2018 sehingga Mei 2018 adalah sebanyak 111,328 beg, namun kutipan dari bulan Mac 2020 sehingga Mei 2020 adalah hanya 67,135 beg.
Didapati jumlah kutipan darah sepanjang pelaksanaan PKP adalah hanya 60 peratus daripada jumlah sasaran iaitu hanya 57 peratus daripada jumlah sasaran. Meskipun pelbagai aktiviti promosi yang dijalankan oleh KKM dan rakan media, pencapaian kutipan darah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga kini didapati masih belum memuaskan.
Penurunan kutipan darah ini adalah amat membimbangkan kerana hospital–hospital KKM telah mula beroperasi termasuk prosedur pembedahan (iaitu penggunaan meningkat daripada purata 9,000 beg darah seminggu kepada 13,076 beg pada minggu PKPB).

KKM menyeru orang ramai untuk datang menderma darah di Pusat Darah Negara dan Tabung-tabung Darah seluruh negara agar bekalan darah adalah berterusan dan mencukupi. Operasi perkhidmatan Pusat Darah Negara dan juga Tabung Darah yang lain telahpun dilanjutkan sehingga jam 9 malam sepanjang bulan Ramadan bagi memudahkan orang ramai untuk menderma selepas waktu berbuka puasa.

Orang awam boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendermaan darah di laman sesawang Pusat Darah Negara; www.pdn.gov.my, laman Facebook Pusat Darah Negara, laman KKM atau rujuk Tabung Darah yang disediakan di setiap negeri.

Sidang Media Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, 20 Mei 2020


Next Post Previous Post