LIMA (5) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (01/11/2020)
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
1) KLUSTER PTS TAWAU
Kluster baharu ini melibatkan sebuah Pusat Tahanan Sementara (PTS) di daerah Tawau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15423) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 103 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Tawau.
Sehingga 2 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 1,671 individu telah disaring, di mana:
- 104 kes dikesan positif COVID-19 (42 kes baharu); dan
- 1,567 individu masih menunggu keputusan.
2) KLUSTER TENAGA
Kluster baharu ini melibatkan subzon Batu Arang di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes-kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bersasar terhadap komuniti berisiko tinggi pada 2 November 2020. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Labuan.
Sehingga 2 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 103 individu telah disaring, di mana:
- 57 kes dikesan positif COVID-19 (57 kes baharu); dan
- 46 individu masih menunggu keputusan.
3) KLUSTER GEDONG
Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan, daerah Petaling di negeri Selangor, daerah Johor Baharu di negeri Johor, serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29341) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Rembau. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 2 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana:
- 12 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu);
- 19 individu dikesan negatif; dan
- 30 individu masih menunggu keputusan.
4) KLUSTER WISMA SABERKAS
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kuching di negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-30813) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 30 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 2 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 130 individu telah disaring, di mana:
- Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
- 10 individu dikesan negatif; dan
- 112 individu masih menunggu keputusan.
5) KLUSTER SERIDANA
Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-32505) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 31 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak empat (4) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Sehingga 2 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana:
- Lima (5) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu); dan
- 26 individu masih menunggu keputusan.