TUJUH (7) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (02/02/2021)
Perincian tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER JALAN RAGUM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Ragum, Shah Alam, Petaling. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 542 individu telah disaring, di mana 219 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER BUKIT RAHMAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor, Petaling, dan Gombak di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Taman Perindustrian, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Gombak. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 2,800 individu telah disaring, di mana 48 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER PARIT JAMIL DARAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja yang terletak di Jalan Parit Jamil Darat, Parit Jawa, Muar. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 189 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER TAPAK BINA JALAN CHERAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Cheras. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 823 individu telah disaring, di mana 332 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER SEMARAK BERSIA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Hulu Perak di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171690) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Taman Semarak dan Bersia, Gerik, Hulu Perak. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 58 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER TAMAN MUHIBBAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Temerloh dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-194020) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam di Kuantan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat tinggal kes indeks iaitu di Taman Muhibbah, Temerloh. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 47 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER INDUSTRI SERKAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Jasin dan Melaka Tengah di Melaka. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Serkam, Merlimau. Sehingga 2 Februari 2021, sejumlah 1,700 individu telah disaring, di mana 69 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.