Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu
COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 123 kes, menjadikan jumlah kumulatif
sebanyak 374,464 kes. Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini.
Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 100 (termasuk yang discaj dari
hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 366,829 orang. Manakala 204 pesakit
sedang menerima rawatan iaitu 203 di hospital serta satu (1) orang di Pusat Kuarantin
dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit yang memerlukan
penjagaan kritikal ialah empat (4) orang di ICU/repurposed kritikal dan dua (2) orang
memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Kedudukan Kes Positif COVID-19
a. Sabah kembali mencatatkan peningkatan kes harian dengan 123 kes hari ini,
pertambahan 10 kes berbanding jumlah semalam.
b. Tidak ada perubahan signifikan hari ini berbanding kedudukan semalam kecuali
pergerakan turun naik jangkitan harian yang sentiasa berubah. Jumlah daerah
yang merekodkan peningkatan kes dengan daerah yang merekodkan penurunan
adalah sama, enam (6) daerah masing-masing. Beberapa daerah mencatatkan
perubahan angka jangkitan yang agak besar iaitu Kota Kinabalu (+15), Keningau
(+9), Tuaran (+6), Sandakan (-10), Penampang (-8) dan Papar (-7).
c. Perubahan angka jangkitan harian di Kota Kinabalu yang berjumlah 81 kes hari
ini perlu diambil perhatian oleh semua penduduk sekitar Bandaraya. Hampir
85.2% daripada jangkitan baharu di Kota Kinabalu hari ini adalah melalui
jangkitan sporadik. Risiko jangkitan virus COVID-19 adalah tinggi di tempat-
tempat khalayak ramai yang sesak atau semasa berkumpul beramai-ramai.
Semua diperingatkan agar mematuhi semua SOP bagi mengurangkan risiko
jangkitan virus COVID-19.
d. Enam (6) daerah kembali merekodkan jangkitan baharu setelah mencatatkan
‘kes sifar’ semalam. Empat (4) daerah pula kembali mencatatkan kes sifar.
Secara keseluruhan, 16 daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu
sepanjang 24 jam yang lalu berbanding 18 daerah kelmarin.
e. Sebanyak 121 daripada 123 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori
1 dan Kategori 2 serta dua (2) kes dalam Kategori 4.
Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.
Jumlah kapasiti katil 975 unit.
Hospital 937 unit.
PKRC (Awam) 10 unit.
Hospital Swasta 28 Unit
Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 20.92%.