EMPAT (4) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (08/03/2021)
Perincian empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER CYBER 72
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-306783) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Cyber 5, Senai, Kulai. Sehingga 8 Mac 2021, sejumlah 163 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN i-PARK TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-311121) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan i-Park 1/3, Bandar Indahpura, Kulai. Sehingga 8 Mac 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER JALAN LOKE YEW
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Loke Yew, Cheras. Sehingga 8 Mac 2021, sejumlah 16 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER BUKIT BAYAS
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Terengganu di Terengganu; Johor Bahru di Johor; dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-305877) dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Bukit Bayas, Kuala Terengganu. Sehingga 8 Mac 2021, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.