Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 19 DIS 2021
Updated Mon, 20 Dec 2021 10:14:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 19 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 3,701 kes (2,634,381 kes kumulatif, 96.9%);
- Kes baharu : 3,108 kes (2,718,955 kes kumulatif);
- Kes import : 37 kes (31 warganegara; 6 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 3,071 kes [2,939 warganegara (95.7%); 132 bukan warganegara (4.3%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 390 kes (326 kes disahkan COVID-19; 64 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 211 kes (143 kes disahkan COVID-19; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,079 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 2 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,827 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 252 kluster.
Daripada 3,108 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 57 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 3,051 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W