EMPAT (4) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (25/12/2020)
KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
1. KLUSTER CASSIA DIAMOND
Kluster ini melibatkan daerah Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Gombak di Selangor serta daerah Barat Daya di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-99203) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 25 Disember 2020, sejumlah 76 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER POMPOD
Kluster ini melibatkan daerah Kota Belud dan Kudat di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-82544) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 25 Disember 2020, sejumlah 216 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER TAPAK BINA KIARA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 25 Disember 2020, sejumlah 372 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER TAPAK BINA PERKASA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 25 Disember 2020, sejumlah 451 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.