SEMBILAN (9) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (27/03/2021)
Perincian sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER TAPAK BINA BULATAN PANDAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Bulatan Kampung Pandan, Jalan Kampung Pandan, Titiwangsa. Sehingga 27 Mac 2021, sejumlah 108 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN KONG KONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-337340) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Kong Kong, Pasir Gudang, Johor Bahru. Sehingga 27 Mac 2021, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER JALAN KASTAM BARU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 338694) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Kastam Baru, Lahad Datu. Sehingga 27 Mac 2021, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER INANAM TAIPAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, tuaran, dan Penampang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-328843) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah premis perniagaan yang terletak di Lorong KK Taipan 1, Inanam, Kota Kinabalu. Sehingga 27 Mac 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di manasembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER JALAN PUTRA SQUARE
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-335518) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Putra Square 3, Kuantan. Sehingga 27 Mac 2021, sejumlah 121 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER JALAN GRIDBID
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Miri dan Beluru di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 327101) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang berlangsung pada 5 Mac 2021 di Kampung Pasir, Miri. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Datuk Gridbid, Lutong, Miri. Sehingga 27 Mac 2021, sejumlah 223 individu telah disaring, di mana46 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER JALAN TANJUNG KIDURONG
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-332852) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Tanjung, Kidurong Height, Bintulu. Sehingga 27 Mac 2021, sejumlah 152 individu telah disaring, di mana42 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
8. KLUSTER KAMPUNG BARU HILIR
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Samarahan, Tebedu, dan Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-329789) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk lepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Baru Hilir, Kota Samarahan. Sehingga 27 Mac 2021, sejumlah 802 individu telah disaring, di mana 73 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
9. KLUSTER GONG KULIM
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pasir Puteh di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-333001) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Gong Kulim, Pasir Puteh, Kelantan. Sehingga 27 Mac 2021, sejumlah 123 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini