COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Perincian 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER PERSIARAN SUBANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Persiaran Teknologi Subang, Batu Tiga, Shah Alam. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 509 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER INDUSTRI INDAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Taman Perindustrian Meru Indah, Kapar. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 47 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER TAPAK BINA JALAN KLANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Klang Lama. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 370 individu telah disaring, di mana 50 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER TAPAK BINA JALAN VISTA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Bukit Vista Komanwel, Taman Sukan Extreme, Cheras. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 464 individu telah disaring, di mana 47 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER JALAN KOTA BUROK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-179041) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan pekerja kilang di Jalan Kota Burok, Bukit Pasir, Muar. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN BY PASS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Segamat di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah institut latihan awam yang terletak di Jalan By Pass, Segamat. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 103 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER JALAN BISTARI DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Bistari 2, Taman Industri Jaya, Skudai, Johor Bahru. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 55 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER JALAN EMPAYAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Empayar 2, Taman Perindustrian Empayar, Nusajaya. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 74 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER JALAN RUSA SCIENTEX

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pasar raya di Jalan Rusa, Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor Bahru. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER TINANOM

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Ranau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-163441) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Tinanom, Ranau. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 46 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER JALAN SEPANGGAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-191351) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam di Jalan Sepanggar. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

12. KLUSTER TABONG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bau di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-193843) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Tabong, Kampung Apar Singai, Bau. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 74 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post