Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 27 NOV 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 27 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 5,352 kes (2,522,045 kes kumulatif, 96.3%);
Kes baharu : 5,097 kes (2,619,577 kes kumulatif);
Kes import : 17 kes (14 warganegara; 3 bukan warganegara);
Kes tempatan : 5,080 kes [4,876 warganegara (96.0%); 204 bukan warganegara (4.0%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 510 kes (423 kes disahkan COVID-19 ; 87 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 258 kes (171 kes disahkan COVID-19 ; 87 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 5,928 kluster;
Jumlah kluster baharu :8 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,694 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 234 kluster.
Daripada 5,097 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
84 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
5,013 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W
-->