COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

KLUSTER AVENUE

Kluster baharu ini melibatkan daerah Penampang di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-39819) merupakan seorang penyelia tapak pembinaan yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 8 November 2020. Kes indeks telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 109 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 246 individu telah disaring, di mana:

  • 110 kes dikesan positif COVID-19 (106 kes baharu); dan
  • 136 individu dikesan negatif.

KLUSTER KEJORA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-48798) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lapan (8) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 71 individu telah disaring, di mana:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu); dan
  • 62 individu dikesan negatif.

KLUSTER KASAH

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kumpulan berisiko tinggi iaitu pekerja-pekerja di sebuah syarikat keselamatan pada 17 November 2020. Kesemua kes merupakan bukan warganegara dan mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana:

  • 19 kes dikesan positif COVID-19 (19 kes baharu); dan
  • 51 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER SUMMER

Kluster baharu ini melibatkan daerah Timur Laut di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-42775) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana:

  • 11 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 38 individu dikesan negatif; dan
  • Empat (4) individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER MENGKETIL

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah di negeri Kelantan dan daerah Besut di negeri Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-45094) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI), dan telah dikenal pasti positif COVID-19 pada 13 November 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 210 individu telah disaring, di mana:

  • 24 kes dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu);
  • 164 individu dikesan negatif; dan
  • 22 individu masih menunggu keputusan.

Next Post Previous Post