Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 22 JAN 2022
Updated Sun, 23 Jan 2022 13:11:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh: 2,858 kes (2,753,119 kes kumulatif, 97.3%)
- Kes baharu : 4,116 kes (2,829,089 kes kumulatif);
- Kes import : 498 kes (406 warganegara; 92 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 3,618 kes [3,504 warganegara (96.8%); 114 bukan warganegara (3.2%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 141 kes (116 kes disahkan COVID-19; 25 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 62 kes (44 kes disahkan COVID-19; 18 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,293 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 6,068 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 225 kluster.
Daripada 4,116 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 39 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 4,077 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W