COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 18 JAN 2022

/ harian

Updated Wed, 19 Jan 2022 13:26:00

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 18 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh: 3,093 kes (2,741,355 kes kumulatif, 97.4%)
• Kes baharu : 3,245 kes (2,813,934 kes kumulatif);
• Kes import : 274 kes (187 warganegara; 87 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 2,971 kes [2,882 warganegara (97.0%); 89 bukan warganegara (3.0%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 183 kes (128 kes disahkan COVID-19; 55 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 84 kes (52 kes disahkan COVID-19; 32 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,235 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 6,047 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 188 kluster.

Daripada 3,245 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
39 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
3,206 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W

Next Post Previous Post