Perincian 1,070 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 5 April 2021 adalah seperti berikut:
Selangor: 327 kes
24 kes daripada kluster-kluster; termasuk enam (6) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Taman Komersial dan Kluster Lorong Dua;
224 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Dua (2) kes import dari luar negara; dan
77 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sarawak: 225 kes
61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
126 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
38 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pulau Pinang: 133 kes
39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
53 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 88 kes
Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Lima (5) kes import dari luar negara; dan
34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sabah: 65 kes
23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Johor: 55 kes
12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pahang: 37 kes
14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negeri; dan
13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah: 34 kes
20 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Sera;
Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kelantan: 31 kes
Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Melaka: 25 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Mata Kuching.
Wilayah Persekutuan Labuan: 17 kes
15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan: 12 kes
Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Utama;
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak: Lapan (8) kes
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lapan (8) kes
Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Inovasi; dan
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Terengganu: Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Perlis: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.