COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 168 kes baharu Variant of Concern (VOC) telah dilaporkan daripada 13 Februari 2022 sehingga 19 Februari 2022 yang terdiri daripada 33 kes varian Delta dan 135 kes varian Omicron. Institute of Health and Community Medicine, (IHCM, UNIMAS) telah mengenalpasti 92 kes baharu, UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) telah mengenalpasti 39 kes baharu, manakala Institute for Medical Research (IMR) telah mengenalpasti 37 kes baharu.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 7,754 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 7,734 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 6,537 kes varian Delta;
  • 950 kes varian Omicron;
  • 233 kes varian Beta; dan
  • 14 kes varian Alpha.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta.

image-29

image-30

image-31

Rujuk : KPK KKM

Next Post Previous Post