APA ITU MULTI SYSTEM INFLAMMATORY SYNDROME IN CHILDREN (MIS-C)
Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) merupakan salah satu komplikasi serius yang boleh berlaku akibat jangkitan COVID-19 di kalangan kanak-kanak di mana terjadinya keradangan pelbagai organ dalaman terutamanya jantung, paru-paru, dan otak.
- Walaupun ia jarang berlaku, namun MIS-C ini boleh membawa bahaya dan maut.
- Di antara Jun 2020 hingga Disember 2021, 174 kes MIS-C yang dikenal pasti oleh MIS-C Malaysia Study Group.
- Majoriti memerlukan rawatan kritikal di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), manakala tujuh kes (4%) telah disahkan meninggal dunia.
- 57% daripada kes MIS-C terjadi dalam kalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.
- Dikongsikan simptom MIS-C yang dikaitkan dengan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak beberapa minggu selepas dijangkiti.
- Perhatikan simptom-simptom ini yang menunjukkan perlunya dirujuk kepada pakar klinikal atau dihantar ke hospital.
- Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak-anak yang berumur 5 hingga 11 tahun dengan segera. Vaksin Pfizer untuk kanak-kanak menggunakan formulasi yang selamat dan dos yang bersesuaian untuk kanak-kanak di lingkungan umur ini.
Rujuk : FB KKM
Kajian Multi-System Inflammatory Syndrome Covid-19 (MIS-C) Malaysia Study Group mendapati sebanyak 174 kes telah dikenalpasti di Malaysia dan 57% daripada keseluruhan kes adalah di dalam kalangan kanak-kanak berumur 5-11 tahun.
- MIS-C adalah salah satu penyakit yang serius akibat jangkitan COVID-19 di kalangan kanak-kanak. Walaupun ianya jarang berlaku, namun MIS-C ini boleh membawa bahaya dan maut.
- Sejumlah besar dari kanak-kanak ini memerlukan rawatan kritikal di PICU. Tujuh kes telah disahkan meninggal dunia.
- Dapatkan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berumur 5-11 tahun dengan segera.
- Vaksin COMIRNATY UNTUK KANAK-KANAK ini menggunakan formulasi yang selamat dan dos yang bersesuaian untuk kanak-kanak di lingkungan umur tersebut.
Rujuk : FB Ketua Pengarah Kesihatan KKM