COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

KADAR PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN BAGI KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI YANG MELEBIHI 50% - 04/03/2022

Terdapat 7 buah negeri di mana peratus penggunaan katil ICU bagi kes COVID-19 melebihi 50%, manakala 12 buah negeri mencatatkan peratus penggunaan katil bukan ICU bagi kes COVID-19 melebihi 50%. Sungguhpun demikian, peratus pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) masih rendah iaitu 24%.

Keadaan masih terkawal dan secara keseluruhannya, setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes yang memerlukan kemasukan ke PKRC, hospital, dan ICU.

KKM ingin mengingatkan, peningkatan kes harian akan menambahkan bilangan kemasukan ke hospital, termasuklah ICU. Oleh itu, marilah sama-sama mencegah jangkitan dan penularan COVID-19 serta elakkan gejala teruk COVID-19.

Ambil vaksin dan dos penggalak, dan patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

✅ Elakkan 3S
✅ Amalkan 3W
✅ Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup
✅ Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala
✅ Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala.

katil-04032022

Next Post Previous Post