BILAKAH UJIAN PANTAS RTK-AG DAN RT-PCR ANDA AKAN MENUNJUKKAN KEPUTUSAN POSITIF SEKIRANYA ANDA DIJANGKITI VIRUS COVID-19
- Ujian RTK-Ag biasanya boleh mengesan jangkitan pada hari ke-3 hingga hari ke-7 selepas seseorang terdedah kepada pesakit COVID-19, manakala ujian RT-PCR boleh mengesan jangkitan seawal hari ke-2 hingga hari ke-14 selepas dijangkiti.
- Justeru itu, ketepatan ujian RTK-Ag dan RT-PCR adalah bergantung kepada tempoh jangkitan sewaktu sampel diambil.
- Penggunaan ujian RTK-Ag adalah disarankan kepada individu bergejala atau berada dalam kumpulan berisiko tinggi sekiranya tidak bergejala. KKM telah meluluskan penggunaan RTK-Ag sebagai suatu kaedah alternatif pengujian COVID-19 selain RT-PCR.
- Namun, ujian RT-PCR masih merupakan gold standard bagi mengesan jangkitan COVID-19.
