COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

PENGURUSAN JEMAAH UMRAH YANG SEDANG MENJALANKAN UMRAH DAN AKAN BERLEPAS SEHINGGA 7 JANUARI 2022

KKM ingin memaklumkan bagi jemaah umrah yang akan pulang ke Malaysia, perkara-perkara berikut perlu dipatuhi:

  1. Melakukan ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dua (2) hari sebelum tarikh berlepas;
  2. Melakukan ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR pada hari ketibaan;
  3. Menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian selama tujuh (7) hari di stesen kuarantin berkuatkuasa 3 januari 2022;
  4. Sekiranya bergejala, lakukan ujian pengesanan COVID-19 menggunakan ujian kendiri RTK-Ag;
  5. Melakukan ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR pada hari ke-5; dan
  6. Diberi pelepasan dari Perintah Pengawasan dan Pemantauan pada hari ke-8, sekiranya tiada pelanjutan kuarantin dan keputusan ujian COVID-19 RT-PCR pada hari ke-5 adalah negatif.

pengurusan-jemaah-umrah

Rujuk : KPKESIHATAN.COM

Next Post Previous Post