COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN SEMASA VARIAN BAHARU OMICRON (B.1.1.529) DAN LANGKAH-LANGKAH KAWALAN SERTA PENCEGAHAN DI MALAYSIA

/ VARIAN OMICRON (B.1.1.529)

Dalam tempoh 14 hari yang lepas (minggu epid ke-51 & 52), kes positif COVID-19 di kalangan pengembara yg tiba dari Arab Saudi mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 1,161 kes berbanding Singapura (13 kes), Indonesia (8 kes) dan United Kingdom (49 kes).


Kerajaan menangguhkan sementara perjalanan umrah bermula 8 Jan ini, berikutan peningkatan kes varian Omicron di kalangan jemaah umrah. 966 kes dikesan berkemungkinan omicron dr 21 hingga 29 Dis 2021, 750 (78%) adalah jemaah umrah & menunggu pengesahan ujian jujukan genomik penuh.

Sehingga 30 Dis 2021, 11,108 jemaah umrah telah tiba di Malaysia & 1,306 (11.8%) dikesan positif COVID-19. Drp jumlah tersebut, 592 dikesan positif pd ujian pertama semasa hari ketibaan di KLIA dan 714 kes dikesan positif COVID-19 pada ujian kedua pd hari kelima kuarantin.

Sehingga 30 Dis 2021, 9 kluster berlaku melibatkan jemaah umrah:

  • 5 kluster melibatkan kes-kes indeks yg disahkan varian Omicron;
  • 1 kluster melibatkan kes indeks Presumptive Omicron–menunggu keputusan Whole Genomic Sequencing
  • 3 kluster melibatkan kes-kes indeks bukan Omicron

omicron4

Pada 27 Disember 2021, sepatutnya seramai 90 orang Jemaah umrah akan berlepas pulang dari Arab Saudi. Namun begitu, ujian pengesanan RT-PCR dua hari sebelum berlepas telah mengesan 55 Jemaah positif COVID-19.

  • Status 55 Jemaah ini telah diasingkan di hotel dalam bilik sendiri dengan ubatan, makan minum disediakan oleh syarikat ini. Buat masa ini tiada yang mengalami demam atau susah bernafas. Semuanya berada dalam keadaan stabil, kos hotel tempat kuarantin ditanggung oleh jemaah sendiri.
  • Seramai 35 Jemaah (kontak rapat) kepada kes positif lagi adalah negatif COVID-19 namun telah dibenarkan berlepas pulang (tidak dikuarantinkan) pada 27 Disember 2021 dan tiba pada petang 28 Disember 2021 di KLIA menaiki penerbangan MAS.

Sehingga 30 Dis 2021, 11,108 jemaah umrah telah tiba di Malaysia & 1,306 (11.8%) dikesan positif COVID-19. Drp jumlah tersebut, 592 dikesan positif pd ujian pertama semasa hari ketibaan di KLIA dan 714 kes dikesan positif COVID-19 pada ujian kedua pd hari kelima kuarantin.

omicron5

Kumulatif kes jemaah umrah yang dikesan postive Covid-19 mengikut negeri dari 25 November sehingga 30 Disember 2021 adalah seperti lampiran.

omicron6

Rujuk : FB Ketua Pengarah Kesihatan KKM

Next Post Previous Post