COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 172 kes baharu Variant of Concern (VOC) telah dilaporkan dari 25 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022 dengan 170 kes baharu varian Delta (B.1.617.2) dan dua (2) kes baharu varian Omicron (B.1.1.529) merangkumi;

  • The Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) telah mengenalpasti 107 kes baharu yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2);
  • Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) telah mengenalpasti 40 kes baharu yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2);
  • Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Molecular Biology Institute (UMBI) telah mengenalpasti 23 kes baharu yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2), dan
  • Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) telah mengenalpasti 2 kes baharu yang kedua-duanya adalah varian Omicron (B.1.1.529).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 5,480 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 5,460 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 5,151 kes varian Delta;
  • 233 kes varian Beta;
  • 14 kes varian Alpha; dan
  • 64 kes varian Omicron.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta.

Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

spike1

spike2

spike3

Rujuk : KPK KKM

Next Post Previous Post