COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Kenapa kita terima vaksin yang masih belum diluluskan oleh badan pengawal selia?

Vaksin #COVID19 Sinovac keluaran China yang diterima Malaysia hari ini perlu terlebih dahulu melalui proses pengilangan oleh syarikat farmaseutikal, Pharmaniaga untuk dinilai dan diberikan kelulusan oleh badan pengawalseliaan.

Proses pengilangan tersebut merupakan antara kriteria yang akan dinilai Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebelum memberikan syor kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk kelulusan.

Ini disebabkan proses kelulusan daripada badan pengawal selia mesti melihat bagaimana vaksin ini dibotolkan baru boleh diberi kelulusan. - Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, YB Khairy Jamaluddin.

Rujuk : FB KKM

Next Post Previous Post