Proses Agihan Vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Bekalan pertama vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech akan tiba 26 Feb ini dari Puurs, Belgium. Selepas itu, bermulalah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bakal menjadi program vaksinasi terbesar di negara ini.

Pemberian vaksin ini akan dilaksanakan dalam tiga fasa dan berjalan sepanjang tahun sehingga Feb 2022. Suntikan vaksin boleh diambil di pusat pemberian vaksin yang akan dibuka di seluruh negara.

Setakat ini, 600 pusat pemberian vaksin yang terdiri daripada fasiliti kesihatan KKM, hospital universiti dan hospital ATM telah dikenal pasti. Sasaran suntikan vaksin ialah 26.5 juta orang atau 80% populasi negara untuk membentuk herd immunity. Penyumbang utama untuk pembentukan imuniti berkelompok ini ialah kumpulan Fasa 3 - individu sihat berumur 18 tahun ke atas.

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau keraguan mengenai vaksin atau Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, emailkan kepada imunisasi@moh.gov.my

Rujuk : FB KKM

Next Post Previous Post