Variasi B.117 Virus COVID-19 di Kesan di Malaysia
KKM telah mengesan variasi B.117 virus COVID-19 tetapi bukan dari United Kingdom. Sebaliknya, virus itu dikesan pada warganegara yang pulang dari UAE. Warganegara itu telah disahkan positif pada 27 Januari 2021 dan telah dimasukkan ke PKRC selama 10 hari bagi tujuan pengasingan. Dia bagaimanapun tidak mengalami sebarang gejala dan telah dibenarkan discaj selepas 10 hari.
KKM terus mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengesan varian itu dengan mengambil sampel warganegara yang pulang dari negara-negara tertentu.
B.117 mula dikesan di UK dan cepat merebak sehingga perintah berkurung (lockdown) dikuatkuasakan semula. Setakat ini, vaksin keluaran Pfizer dilapor berkesan terhadap variasi B.117 ini.

Rujuk : FB KKM