Misi memberi vaksin kepada lebih 25 juta penduduk Malaysia telah bermula
Putrajaya, 24 Feb 2021: Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin selamat menerima suntikan vaksin COVID-19 hari ini, sekaligus menandakan bermulanya secara rasmi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di seluruh negara.
Pada pelancaran program itu, turut menerima suntikan vaksin ialah Ketua Pengarah kesihatan (KPK), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan 4 petugas barisan hadapan KKM.
Perdana Menteri dan semua penerima telah disahkan tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas 30 minit diletakkan dalam tempoh pemerhatian.
Sebelum itu, Perdana Menteri tiba di PKD Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang dibawa ke auditorium untuk mendengar Taklimat Penerimaan Vaksin oleh petugas kesihatan.
Turut serta dalam taklimat itu, YB Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YB YBhg, Dato’ Mohd Shafiq Abdullah Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI dan KPK.
Selesai taklimat, Perdana Menteri dan KPK dibawa ke Stesen Consent untuk menandatangani Borang Persetujuan Menerima Vaksin COVID-19.
Beliau kemudian dibawa ke Stesen Vaksinasi untuk menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19., diikuti seorang petugas kesihatan dan KPK serta tiga lagi petugas kesihatan.
Selesai menerima suntikan, Perdana Menteri, KPK dan empat petugas kesihatan dibawa ke Bilik Pemantauan untuk pemerhatian kesan sampingan (jika ada).
Mereka kemudian dibawa ke Stesen kad Vaksin untuk membuat temujanji bagi menerima dos kedua.
Dua vaksinator yang ditugaskan memberi suntikan vaksin pada program bersejarah ini ialah Puan Liza Ibrahim, Ketua Jururawat kesihatan dari Pejabat Kesihatan Putrajaya dan Puan Mozirah Mokhtar, Jururawat kesihatan dari Klinik Kesihatan Presint 9.
#LindungDiriLindungSemua
Sumber : FB KKM