Ghana menjadi negara pertama menerima bekalan vaksin COVID-19 menerusi Fasiliti COVAX
Fasiliti COVAX hasil inisiatif Gavi, the Vaccine Alliance dan World Health Organization (WHO) serta disokong pertubuhan antarabangsa lain termasuk UNICEF dan WorldBank bagi memastikan bekalan vaksin diagih secara saksama terutama negara-negara berpendapatan rendah bagi mengawal penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia.
Malaysia telah menyertai Fasiliti COVAX pada Nov tahun lalu dan memilih vaksin #AstraZeneca.
Keseluruhannya, 20% populasi Malaysia akan terima vaksin AstraZeneca (10% diperoleh melalui Fasiliti COVAX dan 10% pembelian secara runding terus).
Mengikut perancangan, vaksin ini akan diterima secara berperingkat bermula Mac ini selepas mendapat kelulusan National Pharmaceutical Regulatory Agency - NPRA
Rujuk : FB KKM