Sekitar Majlis Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Wajah Vaksin COVID-19 COMIRNATY® oleh Syarikat PFIZER
Inilah vaksin #COVID19 keluaran Pfizer yang akan disuntik kepada Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan dan 4 petugas kesihatan.
Vaksin ini dibawa dalam cool box dari Pusat Penyimpanan Vaksin ke Pejabat Kesihatan Putrajaya, lokasi majlis pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, petang ini.
Detik-detik bersejarah ketika Perdana Menteri menerima suntikan vaksin #COVID19 oleh vaksinator, Lina Ibrahim, Ketua Jururawat Kesihatan, PKD Putrajaya.
Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima suntikan vaksin COVID-19 daripada vaksinator yang juga Jururawat Kesihatan Klinik Kesihatan Presint 9, Mazirah Mokhtar.
Empat petugas barisan hadapan KKM menjadi antara penerima awal vaksin COVID-19 bersama-sama dengan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Mereka ialah:
- Clement A/L Marai Francis, seorang pemandu di Pejabat kesihatan Putrajaya
- Khairul Asraf Mohd Yasin, Penolong Pegawai Perubatan di PKD Putrajaya
- Dr Tan Yee Ling, Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Presint 9
- Sheilla Mellisa Sikin, Jururawat di Klinik Kesihatan Presint 9.
Tahniah dan terima kasih!
Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan isyarat V bermaksud 'saya telah menerima vaksin' selepas menerima suntikan vaksin.
Mereka juga menunjukkan aplikasi MySejahtera yang mengemaskini tarikh temujanji seterusnya untuk menerima dos kedua. Selain aplikasi MySejahtera, penerima vaksin juga akan diberi kad temujanji vaksin. Sukacita diingatkan kepada pengguna MySejahtera supaya mengemaskini aplikasi ini bagi menggunakan butang atau fungsi 'COVID-19 Vaccination' untuk mendaftarkan diri. Pendaftaran untuk kategori penerima lain (contohnya mendaftar untuk orang tanggungan) akan dibuka secara berperingkat bagi mengelak kesesakan.
Sementara itu, kaedah pendaftaran penerimaan vaksin melalui laman sesawang vaksincovid.gov.my dan talian hotline akan bermula 5 Mac ini.
Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Dr Adham Baba bersama-sama dua petugas barisan hadapan KKM yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, Sheilla Mellissa Sikin dan Clement A/L Marai Francis menunjukkan isyarat V - Saya telah divaksin.
Bermula hari ini, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula secara rasminya di seluruh negara. Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan menyelia program ini di peringkat negeri dan pelaksanaan dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) serta dibantu agensi lain bagi melancarkan lagi perjalanan program terbesar dalam sejarah imunisasi negara.
Sebanyak 150,000 suntikan vaksin perlu diberikan dalam sehari untuk mencapai sasaran vaksinasi kepada 70% hingga 80% penduduk di Malaysia.
Jika sasaran suntikan ini dicapai dan konsisten, sasaran 70% hingga 80% populasi diberikan vaksin akan dicapai akhir tahun ini (Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, YB Khairy Jamaluddin)
Sumber : FB KKM