COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 298 kes baharu varian dilaporkan daripada 19 November 2021 sehingga 8 Disember 2021. Institute of Medical Research (IMR) telah mengenalpasti sebanyak 115 kes baharu yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) di mana 108 ialah varian Delta (B.1.617.2), 6 ialah varian Beta (B.1.1351), manakala Faculty of Medicine-University of Malaya (FOM-UM) telah mengenalpasti sebanyak 109 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2) dan 1 varian Omicron (B.1.1.529). Selain itu, Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) juga telah mengenalpasti sebanyak 44 kes baharu yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2). Di samping itu, Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) juga telah mengenalpasti 17 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2) dan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah mengenalpasti sebanyak 13 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC di mana 12 adalah varian Delta (B.1.617.2) dan satu (1) adalah varian Beta (B.1.1351).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 4,990 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 4,970 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 4,722 kes varian Delta;
  • 233 kes varian Beta;
  • 14 kes varian Alpha; dan
  • Satu (1) kes varian Omicron.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta

m1

m2

m3

Rujuk : KPK KKM

Next Post Previous Post