TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG BERSAMA MENJAYAKAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK) REMAJA
Setinggi-tinggi pernghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja.
Jutaan terima kasih kepada semua kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya Jabatan Kesihatan Negeri yang bertungkus-lumus dalam program ini.
Tidak lupa juga kepada rakan kolaborasi seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Protect Health Corporation, Majlis Amanah Rakyat, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen Malaysia, Sekolah-sekolah swasta dan mana-mana badan kerajaan dan bukan kerajaan yang turut bersama-sama dalam menjayakan program ini.
Alhamdulillah 80% sasaran vaksinasi remaja lengkap 2 dos telah berjaya dicapai.
Lindung diri, lindung semua.